Jumaat, 28 September 2012

"Hari ni aku nak mengaji banyak-banyak..nak bangun tahajud..nak bla..bla..bla.."

"Ermm..kejap lagi la mengaji..ala,banyak lagi masa..semalam aku dah mengaji..arini rehat la.."

Renung dalam-dalam..adakah anda juga mengalami apa yang saya alami??
Ya Allah,sungguh hati hambaMu ini sangat lemah..imanku sering turun dan naik..

Adakala rakan-rakan,sahabat-sahabat bertanya khabar..kemudian mereka bertanya "apa khabar iman hari ni?"
Ada juga acapkali di akhir SMS akan mengingatkan..'jaga diri,jaga iman..'

Bagi saya iman adalah kepercayaan kita terhadap keagungan & keesaan Allah..dengan hati kita menyakini,dengan lidah kita mengakui..dengan anggota/perbuatan??

Mari mulakan dengan membuat 'checklist' amal..sebagai tanda kita cintakan Allah,mengharap redaNya..
1. Solat awal waktu
2. Mengaji & mentaddabur Al-quran 2mukasurat (at least) sehari
3. Qiamullail
4. Menghabiskan 1buku ilmiah dalam sebulan

Saya pun baru nak mula dengan 'checklist ni'..Jom! ^_^

Semoga dengan amalan-amalan ini dapat kita menjaga iman dan ketakwaan kepada Rabb yang satu dan kita cintai..InsyAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut