Isnin, 27 Ogos 2012

teruskan berjalan dgn redhanya

Teruskan berjalan,
Walaupun banyak rintangan...
Teruskan senyum,
Walaupun hati berduka...
Teruskan bersabar,
Walaupun hati marah...
Teruskan berbuat kebaikan,
Walaupun kebaikan kita x dihargai...
Teruskan berkata baik,
Walaupun kata kita itu dibalas dengan kata-kata yang nista...
Teruskan mengejar impian,
Walaupun ianya bukannya mudah...
Teruskan jadi seorang yang kuat,
Walaupun diri kita lemah...
Teruskan berubah ke arah lebih baik,
Walaupun banyak halangan,
Teruskan berusaha untuk meminta maaf apabila melakukan kesalahan,
Walaupun mengucapkan kata-kata itu sangat susah...
Teruskan berkata jujur,
Walaupun kekadang orang disekeliling kita x percaya kata-kata kita itu...
Teruskan...Teruskan...Teruskan...
Teruskan langkahmu dalam mencari redha-NYA...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga HaTi... :)

Hari Esok Allah yg tahu


✿~ Hari ini kita
bertemu..
✿~ Hari esok belum
tentu..
✿~ Hari ini kita bersatu..
✿~ Hari esok Allah yang
tahu..

~ Selamat jalan bagi
INSAN yang telah
... PERGI..
selamat jalan sahabat,
selamat jalan saudara SEISLAMKU..
selamat jalan SIAPA PUN di sana..
satu waktu diriku
akan MENYUSUL
JUA..♥♥ 

maihany musafir cinta Ilahi: Kau Dan Aku Tiada Beza | Kita Dan Kehidupan |

maihany musafir cinta Ilahi: Kau Dan Aku Tiada Beza | Kita Dan Kehidupan |: Kehidupan, makin kita cari jawapan makin kita rasa lemahnya diri kita. Teringat kata² Ustaz, sekelip mata kita, ada kita bersyukur ? Kalau...

Khamis, 16 Ogos 2012

besederhana

"Bersederhanalah dalam CINTA,
dan Besederhanalah dalam BENCI..."

Sesungguhnya suatu kaum yang telah berlebihan dalam mencinta, 
meyebabkan mereka menjadi hancur kerananya.
Dan suatu kaum yang lain telah berlebihan dalam membenci,
juga menyebabkan mereka menjadi binasa kerananya..

Kau Dan Aku Tiada Beza | Kita Dan Kehidupan |

Kehidupan, makin kita cari jawapan makin kita rasa lemahnya diri kita. Teringat kata² Ustaz, sekelip mata kita, ada kita bersyukur ? Kalau diberhentikan mata kita dari berkelip apa akan terjadi ? Lemahnya kitakan ?

Kehidupan kita ni tiada beza, janganlah kita sombong pada manusia dan semua ciptaan... 
Tersentuh hati pabila seorang Ustaz kata,

Janganlah belagak sombong kerana dengan semut pun kita tak mampu menandingi. Kita tetap ada kelemahan tak setanding semut yang sentiasa berkejasama... 
( kena gigit semut pun sakit, kira tak kuat dan tak bleh blagak sombong lagi la tu)

Adakah kita setanding ikan dilaut ? Mampu melawan (menahan sakit) mata kail sehingga susah untuk didaratkan. Kalau kita ? usah kata mata kail, kena jarum doktor pun takut (tak mampu tahan sakit)... Renung²lah...

Selalu orang mengeluh, AKU TAK HENSEM AKU TAK CANTIK SIAPA NAK PANDANG SIAPA NAK ? 
tiada beza kau dan aku dan dengan sesiapa pun. Cuba renung dan fikir,

Kalau seorang perempuan cantikkkkkkkkkk sesangatlah cantikkkkkkk nih, korek taik hidung depan orang ramai @ mak mertua. Apa orang nak kata ? mesti orang kata "eee hodoh sangat aih! dia nih".
Disini dapat menggambarkan tiada beza kau dan aku. 
Allah maha pengasih maha penyayang, semua orang cantik jika Akhlaknya cantik... 
Kecantikan bukan pada pandangan wajah...

Dalam memilih TEMAN janganlah kerana:

*KELEBIHANNYA, krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...

*KEBAIKANNYA, krn dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...

*ILMUNYA, krn apabila dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA...

*CERIANYA, krn andai dia MURAM, mungkin kau akan MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana ALLAH dan dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU...

P/s: Musuh manusia tiada yang lain hanya satu iaitu SYAITAN..

:::MENCARI YANG SEMPURNA? KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH:::


Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN,
Yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba membandingkannya dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,
Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…

Kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!!
Kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini…
Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…
Itulah PASANGAN saling melengkapi…

Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi…pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna…SEMPURNAKAH dirimu??
Tepuk dada tanyalah IMAN…

Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan…
Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangnanya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai Ridha-Nya..

Ingatlah...Kesempurnaan Hanya Milik Allah.

Pengikut